Thursday, 25 August 2011

Bersabarlah Duhai Hati..

DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS. Terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH. Terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA,
Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU,

BUNGA itu selalu MEKAR, MENTARI itu selalu

BERSINAR,

 
TETAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI, di setiap BADAI, SENYUM
 di setiap AIR MATA, BERKAH
 di setiap MUSIBAH, Dan JAWAPAN di setiap
DOA (✿◠‿◠)



Sgala yg ada dlm hidup ku, Ku sedari smua milik MU~Ku hnya hmbaMU yg brlumur dosa~Tnjukkn aku jln lurus MU~Utk gapai Syurga MU~Terangi ku dlm stiap lngkah hidup ku, Krn ku tahu~ Hnya KAU Tuhan ku~Allahu Akbar ALLAH Maha Besar..Ku memuja MU d setiap waktu~Hanya pd MU Tmpt ku brteduh mohon redha & ampunan MU~"

Aku, Short Pants & Tudung Kepala


Imbas kembali, 6 tahun yang lalu…
Aku seorang gadis yang berpewatakan sederhana. Kehidupan peribadiku seperti gadis2 remaja yang lain. Inginkan kebebasan, keseronokan  dan  kegembiraan. Aku sangat gemar bersukan dan pernah beberapa kali mewakili sekolah dalam permainan bola jaring, acara balapan dan juga acara padang seperti lompat jauh. Seluar pendek sendat dan baju tanpa lengan sudah lali melekat di badanku. Al maklumlah, alasan untuk memudahkan pergerakan dan meningkatkan potensi untuk menang.

Jika dilihat dari cara pemakaian aku yang  agak ‘up to date’ dengan mini skirt & short pants dengan  stail rambut yang pelbagai. Tudung kepala? Ah, Tidak terlintas difikiranku bahawa suatu hari nanti aku akan menyarungkannya di kepala! ‘Impossible’ itulah ayat yang sering kulontarkan bila ada yang membangkitkan isu tersebut sambil memaling muka dan menggelengkan kepala.Prinsip aku, apa guna dikurniakan kecantikan jika tidak dapat ditonjolkan di khalayak ramai. Perasaan bangga itu menyelinap ke dasar hati jika ada yang memujiku. Ya, memang aku sukakan pujian. Pujian merupakan perkara yang aku dambakan seperti   yang di dambakan segelintir gadis diluar sana. Pujian membuatkan aku rasa hebat dan berkeyakinan.


Kehidupan sosialku agak terbatas, berpeluang bergaul dengan rakan – rakanku semasa di sesi persekolahan sahaja. Di luar masa persekolahan masaku banyak dihabiskan di rumah bersama adik – beradikku yang ramai. Aku berasa terkongkong dan rimas. Kadang – kadang aku memberontak dengan melawan dan mengingkari arahan ibu dan ayahku untuk menunjukkan rasa protes . Aku benci hidup terkongkong kerana tidak mampu membuat perkara yang aku sukai.  Ya, perasaan benci dan sakit hati. Aku tidak pernah  merasa kehidupan seperti rakan – rakanku yang lain seperti berpacaran, bertemu janji dan berkongsi cerita tentang teman lelaki masing - masing. Mujurlah aku spesies yang memang tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan mana – mana lelaki walaupun aku berpeluang untuk merasai  pengalaman  tersebut. Prinsip aku, bercinta dengan lelaki yang kita tidak pasti jodoh kita dengannya adalah satu perkara yang sia – sia dan membuang masa ‘nonsense’.  

Kehidupan beragama juga jauh dari landasan hidupku. Lebih – lebih lagi keluarga aku kurang menekankannya. Mengaji sudah lama aku tinggalkan seingat aku seawall usia 9 tahun, solat apatah lagi, puasa? ya aku masih berpuasa malahan puasa merupakan saat yang aku nantikan setiap tahun, bukan untuk menghayati dan menikmati  keistimewaannya tetapi mungkin sudah menjadi satu budaya . Aku benci bila orang bercakap tentang agama, bagi aku mereka cukup hipokrit.

Hal ini disebabkan semasa di sekolah rendah dulu , ada seorang ustaz yang mengajar aku selalu membuat gangguan seksual terhadap murid – murid perempuan di sekolah termasuk juga aku. Seperti meraba ditempat yang tidak sepatutnya dan menakut- nakutkan murid supaya tidak membuka mulut. Perbuatannya membuatkan aku hilang percaya dan rasa hormat.  Sungguh aku benci bila menatap wajahnya. Perasaan marah dan sakit hatiku tidak pernah pudar hinggalah sekarang.

Semasa di sekolah menengah juga begitu.  Terdapat, Seorang ustazah yang amat aku benci kerana cara didikan dan tegurannya amat kasar dan boleh memalukan pelajar. Contohnya, menarik rambut dan menarik  tudung pelajar perempuan yang tidak memakai anak tudung di khalayak ramai, menyebat kaki pelajar sehingga lebam- lebam dan berbirat kerana tidak memakai tudung semasa sukan sekolah . Walaupun aku bukan salah seorang pelajar yang telah dikenakan hukuman pelajar tersebut, tetapi secara tidak langsung membuat aku membuat gambaran dan persepsi negatif terhadap ustazah tersebut. Rasulullah SAW  juga menganjurkan umatnya supaya berdakwah secara berhemah bukannya secara keras sehingga boleh menimbulkan kebencian dan dendam amarah.

Sehinggalah datang seorang cikgu  yang dipostingkan di sekolah aku. Disitulah, segala – galanya bermula. Cikgu tersebut mengajar aku subjek kimia  semasa aku di tingkatan 4 dan 5. Pertama sekali aku melihatnya aku menyangka beliau seorang ustazah disebabkan penampilannya yang bertudung labuh dan berjubah. Wajahnya sangat tenang dan manis, tutur katanya sangat sopan dan berhemah. Aku amat tertarik segala – gala yang berkaitan dengannya. Cara beliau mengajar,  memberi nasihat sehinggalah cara beliau bermesra dengan kami. Selepas itu, hubungan kami menjadi rapat. Sedikit sebanyak aku belajar banyak perkara mengenai agama melaluinya. Caranya yang sangat berhemah menyebabkan aku tertarik hati dan berazam untuk berubah.

 Pada saat itulah aku mula berani memulakan langkah dengan tidak culas dari mengerjakan solat 5 waktu dengan penuh tawaduk dan kesyukuran dan  mula menyarung tudung kepala dengan ikhlas dan redha.  Betapa manisnya dan bermaknanya saat aku menitiskan air mata kesyukuran kerana Allah memberikan hidayah kepada aku untuk berubah.



Sekarang,
 Alhamdulillah, perubahan positif itu berlanjutan hingga sekarang dan Insyaallah, aku akan berusaha untuk meningkatkan usaha aku untuk memperbaiki diri kerana aku insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.  Sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah ini, aku akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya membantu aku sentiasa mengigatinya dan bersyukur diatas kurniaan, nikmat dan hidayah yang telah diberikannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan Maha Mengasihani. Amin…


P/S :       Hehehe….cerite nie  adalah rekaan semata- mata untuk renungan bersama tiada kena mengena dengan yang masih hidup dan sudah meninggal dunia…….

Sayalah Cik Blurr…

Salam Ramadhan  dan Salam Kemerdekaan Semua…..

Rasanya blum terlambat lagi saya nak ucapkan selamat berpuasa dan akan datang saya nak ucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Raye ni, meriahkanlah suasana dgn bermain mercun dan bunga api, kalau ade meriam buluh fuhhh..best giler  (barulah happening betul x)  hehehe…gurau jer, nanti x pasal2  kena saman kan.. kan main mercun bawang bleh la yer .





Nama saya Miss Blurr, sya  blurr ke? Sayapun xperasan, tp yg pasti dr sekolah rendah hinggalah umo sya mencecah 21 thn nie, byk org cakap saya nie blurr, ye ke? Tak kisahlah, janji bahagia tul X? Tak pe, Blurr saya nie comel jugak tau( hahaha ayat masuk bakul angkat sendiri) Oklah, errrrr?????  Nak citer pasal ape yer? Blurrlah…..

Ermmm….oklah saya berasal dari SARAWAK…..umo nak masuk 21 taun. Ini pertama kali saya buat blog sbb suke2…manalah tau boleh kurangkan keblurran yang sering melanda saya, dengan berkongsi cerita, informasi ,  fakta & auta apa2 yg patut ngehehe…..(^__^)’’ .Masih study lagi , Insyallah kalu, umo panjang nanti boleh panggil saya Cikgu hehe…Cikgu yang mengajar  Pendidikan Khas. Owh ye, Sebut pasal Pendidikan Khas apa persepsi korang?. Menjaga  budak – budak cacat,  mengajar murid kurang upaya @ keje same mcm nursery?

 Kalau itu pendapat korang  baik korang ubah persepsi korang  okeh. Pendidikan Khas ini menyediakan peluang dan  infrastruktur  pendidikan kepada murid – murid istimewa @ OKU(bukan orang kurang upaya ok…istilah sekarang ialah Orang kelainan Upaya)k erana mereka juga mempunyai peluang untuk mendapatkan Pendidikan seperti kanak – kanak normal yang lain  dengan memegang   prinsip ‘No Child Left Behind’ & ‘Education for All’.


Jadi, sesiapa yang memandang rendah kepada golongan ini, saya harap korang cubalah ubah persepsi korang  dan tidak melakukan diskriminasi terhadap golongan ini, ok. Berilah peluang kepada mereka untuk mengadaptasikan diri dengan persekitaran dan masyarakat kerana mereka juga mempunyai hak normalisasi seperti orang lain.

Mereka juga mempunyai perasaan tau , jadi sebagai seorang yang penuh dengan sifat kemanusiaan, janganlah kita  menghina mereka.  Kerana  menghina mereka sama seperti menghina dan memperlekehkan kekuasaan Allah SWT.  Janganlah kita menjadi seorang hamba Allah yang mendabik dada sambil mendonggakkan kepala berjalan dengan berpijak di bumi ciptaan Allah SWT.

Sekian sahaja perkongsian kita (*_^)V