Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan Semua…..
Rasanya blum terlambat lagi saya nak ucapkan selamat berpuasa dan akan datang saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Raye ni, meriahkanlah suasana dgn bermain mercun dan bunga api, kalau ade meriam buluh fuhhh..best giler (barulah happening betul x) hehehe…gurau jer, nanti x pasal2 kena saman kan.. kan main mercun bawang bleh la yer .
Nama saya Miss Blurr, sya blurr ke? Sayapun xperasan, tp yg pasti dr sekolah rendah hinggalah umo sya mencecah 21 thn nie, byk org cakap saya nie blurr, ye ke? Tak kisahlah, janji bahagia tul X? Tak pe, Blurr saya nie comel jugak tau( hahaha ayat masuk bakul angkat sendiri) Oklah, errrrr????? Nak citer pasal ape yer? Blurrlah…..
Ermmm….oklah saya berasal dari SARAWAK…..umo nak masuk 21 taun. Ini pertama kali saya buat blog sbb suke2…manalah tau boleh kurangkan keblurran yang sering melanda saya, dengan berkongsi cerita, informasi , fakta & auta apa2 yg patut ngehehe…..(^__^)’’ .Masih study lagi , Insyallah kalu, umo panjang nanti boleh panggil saya Cikgu hehe…Cikgu yang mengajar Pendidikan Khas. Owh ye, Sebut pasal Pendidikan Khas apa persepsi korang?. Menjaga budak – budak cacat, mengajar murid kurang upaya @ keje same mcm nursery?
Kalau itu pendapat korang baik korang ubah persepsi korang okeh. Pendidikan Khas ini menyediakan peluang dan infrastruktur pendidikan kepada murid – murid istimewa @ OKU(bukan orang kurang upaya ok…istilah sekarang ialah Orang kelainan Upaya)k erana mereka juga mempunyai peluang untuk mendapatkan Pendidikan seperti kanak – kanak normal yang lain dengan memegang prinsip ‘No Child Left Behind’ & ‘Education for All’.
Jadi, sesiapa yang memandang rendah kepada golongan ini, saya harap korang cubalah ubah persepsi korang dan tidak melakukan diskriminasi terhadap golongan ini, ok. Berilah peluang kepada mereka untuk mengadaptasikan diri dengan persekitaran dan masyarakat kerana mereka juga mempunyai hak normalisasi seperti orang lain.
Mereka juga mempunyai perasaan tau , jadi sebagai seorang yang penuh dengan sifat kemanusiaan, janganlah kita menghina mereka. Kerana menghina mereka sama seperti menghina dan memperlekehkan kekuasaan Allah SWT. Janganlah kita menjadi seorang hamba Allah yang mendabik dada sambil mendonggakkan kepala berjalan dengan berpijak di bumi ciptaan Allah SWT.
Sekian sahaja perkongsian kita (*_^)V


yeah hidop cikgu! hehhee
ReplyDelete